BUILD YOUR CAREER
WITH FSI GROUP
Dengar Kisah Sebenar. Terokai Peluang Kerjaya Sebagai Takaful Advisor.
Setiap orang mempunyai titik permulaan yang berbeza.
Ada yang bermula sebagai suri rumah, ada yang datang daripada bidang perubatan, dan ada juga daripada dunia kejuruteraan. Namun hari ini, mereka berjaya membina kerjaya yang memberi pendapatan, kepimpinan dan impak kepada masyarakat melalui industri takaful.
Dengan pengalaman lebih tujuh tahun dalam industri takaful, Tuan Hasrori membina kredibiliti dan kepimpinan berteraskan integriti, pengalaman serta komitmen terhadap kecemerlangan.
Merupakan salah seorang High Achiever dalam FSI Group. Antara pencapaian terbaik ialah Anugerah 100 Apps pada tahun pertama join. (Lebih seratus polisi berjaya close)
Perjalanan beliau bersama FSI Group mencerminkan ketabahan dalam mengharungi cabaran, keupayaan membina kepercayaan dan visi untuk memperkasa potensi insan.
Dengan pengalaman lebih tujuh tahun dalam bidang kewangan, Puan Aisyah Razali telah membina kerjaya yang berteraskan ketabahan, profesionalisme dan komitmen terhadap kecemerlangan.
Dalam beberapa tahun saja, dengan sokongan berterusan daripada FSI Group, beliau berjaya membina sebuah pasukan perundingan kewangan yang mencerminkan visi dan keupayaannya dalam membangunkan potensi insan.
Bagi beliau, kejayaan sebenar bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi keupayaan membina pasukan, melahirkan pemimpin dan mencipta legasi kejayaan yang berpanjangan.
Merupakan seorang bekas jurutera yang berkebolehan. Membuat keputusan besar dalam hidup beberapa tahun lepas dengan terus terjun dalam bidang kewangan secara sepenuh masa bermula sebagai Takaful Advisor di FSI Group.
Dengan semangat dan tekad ingin berjaya yang tinggi, beliau berjaya mencapai pangkat tahap tertinggi dalam industri takaful iaitu sebagai Agency Manager.
Kini beliau diamanahkan memimpin pasukan FSI Group yang mempunyai ratusan ahli.
Apa yang anda akan pelajari?
- Mengapa mereka memilih untuk membina kerjaya dalam industri takaful.
- Cabaran sebenar ketika bermula daripada kosong.
- Strategi yang membantu mereka berkembang sehingga memegang jawatan kepimpinan.
- Potensi pendapatan dan peluang perkembangan kerjaya dalam industri takaful.
- Sistem latihan, bimbingan dan sokongan yang disediakan oleh FSI Group.
Ini bukan sesi motivasi semata-mata.
Ini adalah perkongsian pengalaman sebenar daripada individu yang pernah berada di titik permulaan dan berjaya mengubah hala tuju kerjaya mereka.
Jika anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan, membina kerjaya yang lebih fleksibel atau meneroka bidang baharu yang memberi impak kepada masyarakat, sesi ini sesuai untuk anda.
Daftar sekarang dan sertai ribuan individu yang telah mengambil langkah pertama ke arah masa depan yang lebih baik.
Mungkin satu keputusan untuk hadir malam itu mampu mengubah perjalanan kerjaya anda selama bertahun-tahun.